Lyon,FranceSekolah Perancis Kumpulan Tsujicho
Belajar secara langsung dari chef terbaik Perancis. Belajar luar negara + latihan. Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho Berbeza!
Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho yang dilihat dalam video
1Belajar persekitaran dan pengalaman terbaik
Belajar masakan dan manisan Perancis asli bertempat di dua buah istana yang terletak di luar bandar Lyon, Perancis.
Tumpuan kelas ialah, pembelajaran simulasi yang menyeluruh oleh para pengajar Perancis yang kaya dengan pengalaman. Memahirkan diri dengan elemen makanan melalui persekitaran dan pengalaman yang terbaik seperti latihan amali di kedai terbaik Perancis.
2Sekolah Perancis ialah sebuah istana yang ada di subbandar Lyon.
Kumpulan Tsuji telah mengubahsuai istana yang cantik di subbandar Lyon ini menjadi sebuah sekolah. Dikelilingi oleh persekitaran yang cantik dan menghijau, para pelajar boleh mempelajari masakan Perancis, manisan Perancis, budaya kulineri Perancis, bahasa Perancis, bahkan tentang Perancis itu sendiri.
- Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho
"Château de l'Éclair"
3Latihan amali di restoran terbaik Perancis
Di Kampus Lyon, setelah menamatkan 5 bulan pembelajaran dan kelas simulasi restoran, pelajar akan memulakan latihan amali di restoran yang terbaik. Dalam program latihan amali, pelajar boleh memilih daripada lebih 100 buah tempat di seluruh Perancis, mulai dari restoran yang telah mendapat bintang Michelin hingga patisserie dan chocolatier. Setelah menamatkan latihan amali, pelajar akan memperolehi “Sijil Tamat Latihan Amali”. Ini ialah permulaan yang baik bagi resume seorang chef muda. Di Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho, sambil belajar di Perancis yang merupakan salah satu daripada hanya beberapa buah pusat masakan di dunia, anda boleh mempelajari kepakaran, menggilap teknik, mencari bahan makanan tempatan dan menyelami persekitaran makanan yang terkenal di seluruh dunia.