Osaka,JapanInstitut Memasak Pakar Tsuji

Persekitaran pendidikan yang memupuk “kebolehan mencipta” dan “kebolehan berfikir”. Institut Memasak Pakar Tsuji adalah berbeza!

1Belajar “pelbagai jenis masakan” dari “guru-guru pakar”.

Anda boleh mempelajari berbagai-bagai masakan seperti masakan Barat, masakan Jepun dan masakan Cina. Para guru pakar bagi setiap masakan akan memberi tunjuk ajar dengan bersemangat menggunakan kemahiran yang tinggi dan kekayaan ilmu pengetahuan mereka. Ini ialah kekuatan terbesar Institut Memasak Pakar Tsuji.
Dengan mempelajari semua genre pada masa yang sama, anda bukan sekadar boleh mendapatkan kemahiran, bahkan anda juga boleh membuka pemandangan anda kepada pelbagai bidang dan mendapat kekreatifan yang kaya.

  • Masakan BaratMasakan Barat
  • Masakan JepunMasakan Jepun
  • Masakan CinaMasakan Cina

2Terdapat “persekitaran pendidikan” di mana anda boleh menaikkan tahap anda dengan sebenar-benarnya.

Anda tidak boleh menghasilkan masakan yang sedap tanpa mengetahui sebab mengapa ia berasa sedap.
Di Institut Memasak Pakar Tsuji, sambil memahirkan diri dengan teknik memasak bertahap tinggi, kami juga mementingkan pembelajaran ilmu pengetahuan teori memasak seperti kebersihan makanan dan khasiat makanan.
Dengan mempelajari kedua-duanya, anda boleh memperdalamkan kefahaman anda tentang masakan, dan menumbuhkan perasaan ingin belajar anda.

“Program pendidikan”
tersendiri yang memperdalamkan kefahaman secara menyeluruh
TeknikTeknik
Teknik
Mula-mula, kita menjalani latihan tentang kemahiran asas setiap genre seperti penggunaan pisau. Seterusnya, mulai dari latihan hinggalah memasak, sentuhan akhir, hinggalah mengatur susunan makanan dan menyiapkan satu pinggan hidangan, kita akan menggilap bakat masing-masing. Juga, kita akan maju ke arah pembuatan berkumpulan di mana setiap ahli berfikir tentang prosesnya, membahagikan tugasan dan bekerjasama sambil menghasilkan masakan secara besar-besaran. Dengan melalui pembelajaran yang kaya, anda boleh belajar tentang kemahiran asas bagi setiap masakan.
PengetahuanPengetahuan
Pengetahuan
Mengapa masakan ini tercipta, apakah yang diperlukan untuk membuat masakan yang boleh dimakan dengan selamat, apakah cara-cara untuk menzahirkan khasiat dan ciri-ciri khas makanan, dan apakah yang boleh dilakukan kepada masakan untuk hidup dengan sihat? Dengan bertemakan budaya makanan yang ada di sebalik latar belakang sesebuah masakan, keselamatan dan kebersihan makanan, kehidupan pemakanan dan kesihatan, serta khasiat, anda boleh belajar tentang ilmu pengetahuan yang harus diketahui sebagai seorang chef profesional.

3Boleh belajar dengan merangkumkan perspektif “belajar di Perancis”

Lyon, Perancis, ibu kota makanan yang enak di dunia.
Kumpulan Tsuji mempunyai sebuah sekolah berkelas tinggi yang hebat di mana anda boleh belajar masakan Perancis terus daripada pakar masakan Perancis di subbandar Lyon.
Anda boleh merasakan sendiri pengalaman program latihan amali rasmi di restoran kelas terbaik di Perancis, termasuk banyak restoran berbintang Michelin.
Individu yang ingin belajar ke luar negara di sekolah Perancis, sila pilih “Kursus Belajar Luar Negara di Sekolah Perancis” bagi “Institut Memasak Pakar Tsuji: Kursus Tahun Kursus Dasar Memasak”.
Anda boleh menyerahkan permohonan terlebih dahulu untuk belajar ke luar negara di sekolah Perancis.
Namun, jika jumlah pemohon melebihi had yang ditetapkan oleh sekolah Perancis, ujian pemilihan belajar ke luar negara di sekolah Perancis akan diadakan.
Selain itu, anda juga boleh menghadiri kuliah khas “Sokongan Kehidupan Belajar Di Luar Negara” (Percuma) dan melalui kuliah khas ini anda boleh mempersiapkan diri untuk belajar ke luar negara di sekolah Perancis, mempelajari isi penting daripada kuliah dan gaya hidup serta asas bahasa Perancis. Di samping itu, terdapat juga penyaringan untuk sistem biasiswa belajar ke luar negara di sekolah Perancis.

Membangunkan pelajaran simulasi yang menggilap kemampuan praktikal di tempat asalnya.Membangunkan pelajaran simulasi yang menggilap kemampuan praktikal di tempat asalnya.

Sekolah Perancis Kumpulan Tsujicho

Institut Memasak Pakar Tsuji seperti dilihat dalam video

  • “1 hari di Institut Memasak Pakar Tsuji”
  • “Edisi perhubungan”
  • “Edisi pengalaman sebenar bertumbuh”
  • “Video dari pandangan pelajar Pelajaran Masakan Jepun”
  • “Institut Memasak Pakar Tsuji”